Pages

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws.

Saturday, November 26, 2011

BAHASA MALAYSIA


Imbuhan ber-, ber...an, dan ber...kan
1. Imbuhan ber- dapat berubah rnenjadi be-, bel-, dan tetap sebagai ber-, bergantung kepada
kata-kata yang digunakan seperti keterangan yang berikut:
(a) menjadi ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku
kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya:
rakit => berakit
renang => berenang
serta => beserta
b) menjadi bel- hanya apabila bertemu dengan kata ajar.
ajar = belajar
(c) tetap sebagai ber- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan
ada => berada
ekor berekor

Monday, November 14, 2011

Kekuatan


Pada waktu pagi ini, aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan pada sesi P & P di dalam kelas nanti. Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang diingini.

Thursday, November 10, 2011

Refleksi kendiri

Saya memang seorang guru yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasamengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar Sains, beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari Sains. Tetapi setelah beberapa minggu, saya dapati pendekatan saya ini menyebabkan prestasi pelajar dalam Sains merosot. Saya dah mula bimbang.

Tuesday, November 08, 2011

Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Masalah saya timbul setelah murid-murid yang diajar tidak memberikan penumpuan sepenuhnya. Tajuk jahitan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 merupakan satu tajuk yang agak sukar untuk diberikan penjelasan kepada murid-murid. Ini kerana mata jahitan yang ditunjukkan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh murid-murid dan guru perlu menggunakan masa yang berlebihan untuk menjelaskan kepada murid-murid bagaimana untuk menjahit satu persatu mata jahitan. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk membantu murid-murid menyiapkan mata jahitan secara individu tetapi dalam pembelajaran koperatif atau berkumpulan.

Friday, November 04, 2011

Refleksi pengajaran


Pada hari ini, cara pengajaran saya dapat mencapai objektifnya kerana pelajar-pelajar dapat memahami cara menganalisis bentuk sajak Kau dan Aku, serta cara untuk memprosanya dari rangkap ke rangkap dengan baik. Hal ini dapat saya lihat melalui soalan-soalan kuiz yang telah saya buat di akhir pengajaran saya. Soalan-soalan kuiz yang dibuat secara rambang kepada pelajar-pelajar dan bentuk soalan yang merangkumi keseluruhan sajak dapat membantu pelajar untuk mengimbas kembali hal yang telah mereka pelajari sebelum ini. Saya akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi soalan-soalan berbentuk kuiz ini agar saya dapat mengetahui kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari.

Tuesday, November 01, 2011

Masalah disiplin murid


Masalah yang saya hadapi kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi P & P di dalam bilik darjah. Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses P & P di dalam bilik darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari  P & P  yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu, faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana mereka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.