Pages

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws.

Monday, December 12, 2011

Unit 30: Kereta buatan Malaysia

Saturday, December 10, 2011

refleksi pengajaran makro

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah guru perlu memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah penerangan kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertarik kepada pelajaran yang sedang diajar. Latihan boleh dilakukan dalam setiap sesi pengajaran. Selain itu, masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memastikan mereka dapat menyelesaikan latihan dengan sempurna.
Pendekatan pengajaran yang  lebih menyeluruh dan berkesan perlu dilaksanakan. Guru harus memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan kehidupan seharian agar murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuan. Dengan ini, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar.
Di samping itu, guru perlu melakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif P&P. Ini juga bagi memastikan para pelajar dapat menguasai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan murid-murid.





Thursday, December 08, 2011

Refleksi pengajaran mikro


1. KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
2. KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran mikro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

Wednesday, December 07, 2011

pengajaran mikro





Tuesday, December 06, 2011

pengajaran makro

Monday, December 05, 2011

Tajuk: Ikan

Bahasa Melayu Tahun 1   
.Sumber: Slideshare

Sunday, December 04, 2011

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mata pelajaran: Bahasa Malaysia
Tarikh: 1/11/2011
Hari: Selasa
Masa: 8.30-9.00 pagi
Kelas: 1B
Bilangan pelajar: 44 orang
Tema: Sains dan Kita
Tajuk: Komputer Ben Li
Standard kandungan:
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas    dan intonasi yang betul.
3.3 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan betul.
Standard pembelajaran:
2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
         yang betul.
3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1. Mengeja dan membaca lima daripada enam perkataan dengan betul.
2. Menulis empat daripada enam frasa dengan betul dan tulisan yang kemas.
Nilai: Bertanggungjawab
Ilmu: Sains
KBT: KB- menghubungkait
         BCB- bacaan intensif
Media: kad perkataan, kad ayat, kad manila
SB: Tatabahasa: ayat tunggal
Kosa kata: komputer, monitor, cakera
Impak: 35/44 orang murid boleh membaca perkataan dengan betul.
            5 orang murid diberi latihtubi dan 4 orang lagi diberi bimbingan individu.


Fasa
Isi kandungan
Aktiviti P&P
Nota
Set induksi
(5 minit)
Teka-teki:
Bentuk saya segi empat,
Tiada mulut tapi bersuara,
Warna-warni badan saya,
Teka siapakah saya?
(Jawapan: komputer riba)
1. Guru mempamerkan teka-teki.
2. Murid-murid meneka jawapan teka-teki.




Strategi:
Penyoalan seluruh kelas
Menstruktur
(15 minit)
Kosa kata:
-cakera
-monitor
-pad sentuh
-pemacu cakera
-papan kekunci

Ayat tunggal:
a) Cakera dapat menyimpan data.
b) Monitor boleh melihat gambar.
c) Pad sentuh dapat mengawal petunjuk.
d) Pemacu cakera boleh membaca data.
e) Papan kekunci dapat memasuki maklumat.
1. Guru membimbing murid mengeja dan membaca perkataan.
2. Murid-murid membaca perkataan dengan kuat.
3. Guru menunjukkan ayat tunggal dan murid membaca dengan suara yang nyaring.





Nilai:
Bertanggungjawab
Aplikasi idea
(7 minit)
Frasa:
-komputer riba
-papan kekunci
-pemacu cakera
-pad sentuh
1. Guru menyuruh murid-murid untuk membincang dalam kumpulan.
2. Wakil murid menulis frasa dengan tulisan yang kemas di papan hitam.





Teknik:
Perbincangan kumpulan

Penutup
(3 minit)
Soalan:
i) Muka saya seperti televisyen. Kamu boleh melihat gambar pada muka saya. ___________
ii) Saya menyimpan data dalam cakera padat._________
iii) Saya berbentuk petak-petak kecil. _______________
iv) Saya mengawal penunjuk pada skrin komputer.________

1.Pentafsiran-membaca perkataan dan menulis frasa. Band 2 (Tahu dan faham)




Sumber pengajaran:
Buku aktiviti