Pages

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws.

Friday, October 28, 2011

Refleksi


Saya memfokuskan pada sajak Kau dan Aku. Saya telah menyentuh tentang maksud, tema dan persoalan. Saya telah menggunakan beberapa gambar yang berkaitan dengan sajak sebagai induksi set dan alat bantu saya. Cara saya mengajar maksud kepada pelajar-pelajar ialah dengan menganalisis dari rangkap ke rangkap. Selain daripada itu juga, pendedahan kepada contoh-contoh dalam kehidupan sebenar dapat membantu pelajar-pelajar saya memahami sajak berkenaan. Saya telah berusaha sedaya upaya untuk membuat mereka berfikir dan cuba mengaplikasikannya dengan dunia realiti. Walaubagaimanapun, masa saya telah banyak terbuang dalam menyampaikan maksud ini, dan mungkin pelajar-pelajar saya kurang memahami cara untuk mencari tema dan persoalannya kerana faktor masa yang agak singkat. Dengan demikian, pada masa akan datang, saya akan berusaha untuk membahagikan masa dengan lebih tepat lagi, dan mengurangkan langkah-langkah pengajaran dalam persediaan mengajar saya.

Friday, October 21, 2011

Masalah keluar masuk kelas

Masalah kali ini adalah berkisarkan  kepada gangguan semasa sesi P & P berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk  bilik darjah. Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu pergi ke tandas dan sebagainya. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.


Wednesday, October 12, 2011

Refleksi P&P


Pada sesi P & P hari ini aku telah merancangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang kesembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks. Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi P & P. Sebagai menguji kefahaman mereka, aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

Tuesday, October 11, 2011

Apa itu Teknologi Maklumat?

  • Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
  • ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
  • Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

  • Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu: 

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Thursday, October 06, 2011

BLOG

1. Blog, apa itu Blog?

Blog pada mulanya dikenali sebagai "weblog" namun ianya diringkaskan menjadi blog. Istilah weblog
diperkenalkan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1998. Beliau menamakan weblog untuk orang yang
memiliki website pribadi dan sering mengemaskininya.

Media blog pertama kali dipopularkan oleh pengasas blog, iaitu: blogger.com yang dimiliki oleh PyraLab,
dan perniagaan ini akhirnya dimiliki oleh raja enjin carian: Google.com pada akhir tahun 2002 lalu.
Ramai orang mengatakan bahawa blog merupakan catatan harian dari si empunya blog tersebut, tetapi
kini blog mempunyai fungsi yang pelbagai ,kini blog dijadikan tapak perniagaan, mencari jaringan
kenalan, media penerbitan, iklan, politik dan pelbagai lagi.

Laman web yang saling berkait dengan weblog, atau secara keseluruhannya merupakan kumpulan weblog
sering disebut sebagai blogosphere. Apabila munculnya sesuatu aktiviti, maklumat dan pendapat yang
sangat kontroversi terjadi dalam blogosphere, maka ianya disebut sebagai blogstorm atau badai blog.
berikut jenis blog yang terdapat dari wikipedia:

* Blog Politik
* Personal Blog : Disebut juga buku harian online yang menceritakan tentang aktiviti seharian seseorang,
keluhan, puisi atau syair.
* Blog bertopik : Blog yang membahas tentang sesuatu, dan fokus pada bahasan tertentu
* Blog kesihatan : Lebih spesifik tentang kesihatan. Blog kesihatan kebanyakan berkisar tentang keluhan
pesakit, berita kesihatan terbaru, keterangan-ketarangan tentang kesihatan, dll.
* Blog sastera : Lebih dikenal sebagai litblog (Literary blog).
* Blog perjalanan : Fokus pada cerita perjalanan yang menceritakan pengalaman tentang
perjalanan/traveling.
* Blog hukum : Persoalan tentang hukum atau undang-undang; disebut juga dengan blawgs (Blog Laws).
* Blog media : Berfokus pada perbahasan kebohongan atau ketidakkonsistensi media massa
* Blog agama : Membahas tentang agama
* Blog pendidikan : Biasanya ditulis oleh pelajar atau guru.
* Blog kebersamaan : Topik lebih spesifik ditulis oleh kelompok tertentu.
* Blog petunjuk (directory) : Berisi ratusan link halaman website.
* Blog perniagaan : Digunakan oleh usahawan untuk kegiatan promosi bisnes mereka
* Blog haiwan : Fokus tentang objek diluar manusia; seperti anjing
* Blog pengganggu (spam) : Digunakan untuk promosi bisnes affiliate; juga dikenal sebagai splogs
(Spam Blog)

2. Bagaimana membuat blog?

Akaun emel diperlukan untuk membuat akaun blog. Terdapat banyak penyedia blog percuma di internet
seperti http://www.blogger.com, http://www.wordpress.com atau http://www.blogsome. com.

Saturday, October 01, 2011

Biodata saya

Halo, mari saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Then Sin Siew. Saya berasal dari Muar, Johor. Kini, saya sedang mengajar di SJK (C) Woon Hwa Kangkar Pulai, Johor. Saya telah mengajar Tahun Satu selama enam tahun di sekolah ini. Mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Cina, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup. Dulu, saya belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Opsyen saya ialah Pengajian Cina/ Pendidikan Seni Visual dan elektif ialah Kemahiran Hidup. Oleh itu, sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan saya, sila memberi komen anda. Sekian, terima kasih!